HP menghormati privasi anda

HP dan anak syarikatnya menghormati privasi anda. Kenyataan Privasi ini memaklumkan anda tentang amalan privasi kami dan pilihan yang boleh dibuat mengenai cara maklumat anda dikumpulkan dalam talian dan bagaimana maklumat itu digunakan. Kenyataan ini ada pada laman utama kami dan di bahagian bawah setiap Laman web HP.


HP merupakan penaja pengasas bagi Program Privasi Dalam Talian Majlis Biro Perniagaan Lebih Baik (Council of Better Business Bureau) dan merupakan Perniagaan Diiktiraf BBB. Amalan privasi HP selaras dengan Kod Amalan Perniagaan BBB dan kami bangga memaparkan cap BBB.


Accredited Business non-HP site


Dalam menghasilkan dasar privasi dan standard HP, kami menghormati dan mengambil kira prinsip dan rangka kerja penting dari seluruh dunia, termasuk Garis Panduan OECD tentang Perlindungan Privasi dan Aliran Rentas Sempadan, Arahan EU 95/46/EC, Rangka Kerja Privasi APEC, dan Resolusi Madrid tentang Standard Privasi Antarabangsa.


HP telah mengesahkan sendiri amalan privasinya sebagai selaras dengan prinsip Pelabuhan Selamat A.S.-E.U. Notis, Pilihan, Pemindahan Ke Hadapan, Capaian dan Ketepatan, Keselamatan, dan Pengawasan/Penguatkuasaan. Maklumat lanjut mengenai Program Pelabuhan Selamat Jabatan Perdagangan A.S. boleh didapati di http://www.export.gov/safeharbor/  non-HP site. HP juga telah mewujudkan satu peraturan korporat yang mengikat ("BCR"), yang telah diluluskan oleh semua Pengawal Atur Perlindungan Data dalam EEA dan Switzerland mula berkuat kuasa pada Jun 2011. BCR memastikan bahawa data peribadi individu dilindungi dalam EEA dilindungi dengan secukupnya sementara sedang diproses oleh mana-mana entiti global HP.


Sebagai mematuhi Prinsip Pelabuhan Selamat dan peraturan BCR, HP komited untuk menyelesaikan aduan mengenai privasi anda dan pengumpulan kami atau penggunaan maklumat peribadi anda.  HP terus komited untuk merujuk aduan privasi yang belum selesai daripada warganegara atau penduduk EU berkenaan pemindahan data peribadi mereka bawah Prinsip Pelabuhan Selamat kepada mekanisme penyelesaian pertikaian bebas, Pelabuhan Selamat EU BBB, dikendalikan oleh Majlis Biro Perniagaan Lebih Baik. Jika anda tidak menerima maklum balas mengenai aduan anda pada masa yang tepat, atau jika HP tidak menangani aduan anda dengan baik, anda boleh hubungi Pelabuhan Selamat EU BBB di: http://www.bbb.org/us/safe-harbor-complaints. non-HP site


HP telah dianugerahkan Cap Privasi TRUSTe yang melambangkan bahawa dasar dan amalan privasi ini telah disemak oleh TRUSTe untuk kepatuhan terhadap syarat-syarat program TRUSTe termasuk ketelusan, akauntabiliti dan pilihan mengenai pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi. Misi TRUSTe, sebagai pihak ketiga bebas, untuk meningkatkan kepercayaan dalam talian antara pengguna dan organisasi secra global melalui tanda kepercayaan privasinya yang terkemuka dan penyelesaian kepercayaannya yang inovatif. Program TRUSTe tidak meliputi maklumat yang mungkin dikumpulkan melalui apa-apa perisian yang dimuat turun dari laman Web ini. Jika anda mempunyai soalan atau aduan mengenai amalan atau dasar privasi kami, sila hubungi HP menggunakan maklumat hubungan yang disertakan di akhir kenyataan ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda boleh menghubungi TRUSTe di sini.


Protection de la vie privée certifiée par TRUSTe non-HP site



Bagaimana HP menggunakan alat pengumpulan data automatik:

1. Skop Kenyataan Privasi ini

HP merupakan organisasi global, dengan entiti undang-undang, proses perniagaan, struktur pengurusan dan sistem teknikal yang merentasi sempadan. Kenyataan Privasi ini dikenakan kepada semua laman web milik HP, domain, perkhidmatan, aplikasi, dan produk, dan semua anak syarikat milik penuh kami ("tapak atau perkhidmatan HP"), melainkan kenyataan atau dasar privasi khusus kepada program, produk, atau perkhidmatan HP tertentu mungkin menggantikan atau ditambah kepada Kenyataan Privasi ini.


Pautan kepada laman web bukan HP

Tapak atau perkhidmatan HP mungkin menyediakan pautan kepada aplikasi, produk, perkhidmatan, atau laman web pihak ketiga untuk kemudahan dan maklumat anda. Jika anda mencapai pautan itu, anda akan meninggalkan tapak HP. HP tidak mengawal tapak pihak ketiga atau amalan privasi mereka, yang mungkin berbeza daripada amalan HP. Kami tidak menyokong atau mewakili sebarang tapak pihak ketiga. Data peribadi yang anda pilih untuk berikan atau yang dikumpulkan oleh pihak ketiga ini tidak diliputi oleh Kenyataan Privasi HP. Kami menggalakkan anda untuk menyemak dasar privasi sebarang tapak yang anda berinteraksi dengan sebelum membenarkan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda.


Kami juga mungkin menyediakan ciri sosial media yang membolehkan anda berkongsi maklumat dengan rangkaian sosial anda dan berinteraksi dengan HP di pelbagai tapak media sosial. Penggunaan ciri ini mungkin menyebabkan pengumpulan atau perkongsian maklumat mengenai anda, bergantung kepada ciri. Kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi dan seting pada tapak media sosial yang anda berinteraksi untuk memastikan anda memahami maklumat yang mungkin dikumpulkan, digunakan, dan dikongsi oleh tapak itu.


2. Pengumpulan maklumat peribadi

HP mengumpul, mengeksport, dan menggunakan maklumat peribadi untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada anda dan memperibadikan pengalaman dan interaksi anda dengan HP. Pengumpulan demikian dilakukan dengan notis dan keizinan, berserta dengan pemfailan diperlukan dengan pihak berkuasa perlindungan data, apabila boleh dikenakan.

 

HP mungkin mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda untuk melengkapkan pelbagai transaksi, seperti:

  • pesanan produk atau perkhidmatan, pengaktifan, dan pendaftaran
  • penciptaan profil
  • permintaan maklumat
  • langganan pemasaran atau sokongan
  • entri pertandingan atau penyertaan kaji selidik
  • permohonan kredit segera
  • permohonan pekerjaan

Jenis maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin termasuk:

  • maklumat hubungan. seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel anda
  • maklumat kewangan, seperti nombor kad kredit anda
  • maklumat unik lain seperti ID pengguna dan kata laluan, maklumat bil dan transaksi, keutamaan produk dan perkhidmatan, keutamaan hubungan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan, dan data minat pekerjaan

Jika anda memohon kredit segera, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat peribadi tambahan seperti gaji, nombor keselamatan sosial, maklumat bank, dan maklumat lain untuk mengesahkan anda dan mengesahkan kebolehpercayaan kredit. Maklumat ini akan digunakan oleh pembekal perkhidmatan kewangan kami bagi menentukan sama ada anda layak diberikan kredit atau tidak.

Jika anda memilih untuk menggunakan "beritahu rakan" atau program rujukan yang sama pada tapak kami, kami akan meminta anda memberikan alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, atau maklumat hubungan lain rakan anda dan secara automatik menghantarkan satu pesanan kepada rakan anda untuk menjemputnya untuk melawat tapak itu. HP menggunakan dan menyimpan maklumat ini hanya untuk tujuan menghantar satu pesanan ini dan untuk menyediakan sekatan pesanan beritahu rakan, jika ada.


Jika anda menghantar, memberi komen, menunjukkan minat, atau berkongsi maklumat peribadi, termasuk gambar, kepada sebarang forum awam pada tapak HP, rangkaian sosial, blog, atau forum sedemikian lain, harap maklum bahawa sebarang maklumat peribadi yang anda hantar boleh dibaca, dilihat, dikumpulkan, atau digunakan oleh pengguna lain forum ini, dan boleh digunakan untuk menghubungi anda, menghantar mesej tanpa diminta, atau bagi tujuan yang tidak dapat dikawal oleh anda atau HP. HP tidak bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi yang anda pilih untuk hantarkan dalam forum ini.


Selain daripada maklumat yang anda berikan, HP juga mungkin mengumpul maklumat semasa lawatan anda ke laman web HP, atau laman web "dikuasakan oleh" syarikat lain bagi pihak HP, melalui Alat Pengumpulan Data Automatik kami, yang termasuk mata arah Web, kuki, dan pautan Web terbenam. Alat ini mengumpul maklumat trafik tertentu yang pelayar anda hantar ke laman web, seperti jenis pelayar anda dan bahasa, waktu capaian, dan alamat laman web dari mana anda tiba.  Mereka juga mungkin mengumpul maklumat mengenai alamat Protokol Internet (IP) anda, pengecam peranti unik, kelakuan aliran klik (iaitu, halaman yang anda lihat, pautan yang anda klik, dan tindakan lain yang anda lakukan berhubungan dengan laman web HP atau laman web "dikuasakan oleh") dan maklumat produk. HP juga mungkin menggunakan sesetengah Alat Pengumpulan Data Automatik ini berhubungan dengan e-mel dan komunikasi tertentu yang dihantar dari HP dan oleh itu, mungkin mengumpul maklumat menggunakan alat ini apabila anda membuka e-mel atau mengklik pada pautan yang terkandung dalam e-mel. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca Bagaimana HP menggunakan alat pengumpulan data automatik.


HP juga mengumpulkan maklumat daripada sumber yang tersedia secara komersial yang dianggap boleh dipercayai. Maklumat demikian mungkin termasuk nama, alamat, alamat e-mel, keutamaan, minat anda dan data profil/demografik. Maklumat yang HP kumpulkan daripada sumber komersialnya mungkin digunakan bersama-sama dengan maklumat yang HP kumpulkan apabila anda melawat tapak HP. Sebagai contoh, HP mungkin membandingkan maklumat geografi yang diperoleh daripada sumber komersial dengan alamat IP yang dikumpulkan oleh Alat Pengumpulan Data Automatik untuk mendapatkan kawasan geografi umum anda.


3. Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Maklumat yang HP kumpulkan untuk memahami keperluan dan minat anda membantu HP memberikan pengalaman yang konsisten dan terperibadi. Sebagai contoh, HP mungkin menggunakan maklumat anda untuk

  • membantu anda melengkapkan transaksi atau pesanan
  • menghalang dan mengesan ancaman keselamatan, fraud atau kegiatan berniat jahat lain
  • berkomunikasi dengan anda mengenai produk dan perkhidmatan
  • memberikan dan memperbaiki perkhidmatan dan sokongan
  • memaklumkan anda mengenai perkhidmatan dan faedah baharu
  • memberikan tawaran promosi diperibadikan
  • memilih kandungan untuk dihantar kepada anda
  • memperibadikan beberapa laman web HP
  • mengukur prestasi usaha pemasaran, iklan, dan laman web "dikuasakan oleh" syarikat lain bagi pihak HP
  • membolehkan anda menyertai pertandingan dan kaji selidik
  • menghubungi anda berkenaan produk atau perkhidmatan HP.

Kami akan memberikan anda peluang untuk memilih keutamaan privasi anda berkenaan komunikasi yang kami hantarkan (lihat Pilihan anda dan memilih keutamaan privasi anda).


Testimonial yang disiarkan di laman Web kami hanya disiarkan dengan keizinan yang jelas daripada individu atau syarikat yang memberikan testimonial tersebut.


Maklumat kad kredit hanya digunakan untuk pemprosesan bayaran dan pencegahan fraud. Maklumat kad kredit dan maklumat peribadi sensitif lain yang diperlukan untuk memproses keputusan kredit tidak digunakan untuk sebarang tujuan lain oleh pembekal perkhidmatan kewangan kami atau HP dan tidak akan disimpan lebih lama dari yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan, melainkan anda meminta kami mengekalkan maklumat kad kredit anda untuk pembelian masa hadapan. 


4.Bagaimana kami berkongsi maklumat anda

HP tidak akan menjual, menyewa atau memajakkan maklumat peribadi anda kepada orang lain kecuali seperti diterangkan dalam Kenyataan ini. HP berkongsi maklumat peribadi melalui cara berikut:


HP mengekalkan pembekal dan penyedia perkhidmatan untuk memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian pelanggan lengkap dan untuk membantu HP dengan usaha pemasaran dan komunikasi. Pembekal dan penyedia ini termasuk, contohnya, pemproses kad kredit, pembekal sokongan dan bantuan langsung pelanggan, pemasaran, penyedia perkhidmatan e-mel, pemproses data berautomasi, dan ejen penghantaran. Pembekal dan penyedia perkhidmatan perlu secara kontrak untuk merahsiakan maklumat yang diterima bagi pihak HP dan tidak boleh menggunakannya untuk sebarang tujuan lain selain daripada menjalankan perkhidmatan yang mereka lakukan untuk HP.


Dari semasa ke semasa, HP mengambil bahagian dalam usaha pemasaran dengan syarikat lain, termasuk laman web "dikuasakan oleh" syarikat lain bagi pihak HP. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, perkhidmatan dan komunikasi pemasaran tertentu HP mungkin dihantarkan pada masa yang sama dengan yang daripada syarikat lain. Sesetengah perkhidmatan dan komunikasi ini menawarkan anda pilihan untuk berkongsi maklumat peribadi dengan HP dan juga syarikat lain yang mengambil bahagian dalam usaha ini. Contohnya, anda mungkin menerima komunikasi pemasaran daripada HP dan syarikat lain atau berpeluang untuk mendaftar dalam talian untuk produk perisian daripada berbilang syarikat. Jika anda memilih untuk memberikan maklumat peribadi hanya kepada HP, HP tidak akan berkongsi maklumat ini dengan syarikat lain yang mengambil bahagian dalam usaha pemasaran. Jika anda memilih untuk memberikan maklumat peribadi kepada syarikat lain, maklumat peribadi itu akan dikendalikan mengikut dasar privasi syarikat tersebut, yang mungkin berbeza daripada dasar dan amalan HP.


HP perlu mengeksport maklumat peribadi anda kepada entiti perniagaan milik HP lain di AS dan Seluruh Dunia menurut Kenyataan ini untuk memenuhi permintaan anda. Eksport demikian diperlukan bagi memberikan maklumat kepada HP.


Kecuali yang dijelaskan dalam Kenyataan ini, HP tidak akan berkongsi maklumat peribadi yang anda berikan kepada HP dengan pihak ketiga bukan HP tanpa keizinan anda, kecuali untuk: (i) membalas permintaan maklumat yang diberi kuasa oleh polis dan pihak berkuasa kerajaan; (ii) mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, subpoena, atau perintah mahkamah; (iii) menyiasat dan membantu mencegah ancaman keselamatan, fraud atau kegiatan berniat jahat lain; (iv) menguatkuasa/melindungi hak dan harta HP atau anak syarikatnya; atau (v) melindungi hak atau keselamatan peribadi pekerja HP dan pihak ketiga yang berada atau menggunakan harta HP.


Keadaan mungkin berlaku apabila, sama ada untuk sebab strategik atau sebab perniagaan lain, HP membuat keputusan untuk menjual, membeli, menggabungkan atau menyusun semula perniagaan di sesetengah negara. Transaksi demikian mungkin melibatkan pendedahan maklumat peribadi kepada pembeli prospektif atau sebenar, atau penerimaannya daripada penjual. Adalah menjadi amalan HP bagi mendapatkan perlindungan sewajarnya terhadap maklumat dalam transaksi jenis ini.


5. Privasi kanak-kanak

HP tidak berniat mengumpulkan maklumat daripada kanak-kanak bawah usia 13 tahun dan tidak mensasarkan laman webnya kepada kanak-kanak bawah usia 13 tahun. Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga mengambil peranan aktif dalam aktiviti dan minat dalam talian dan mudah alih anak-anak mereka.


6. Pilihan anda dan memilih keutamaan privasi anda

HP memberi anda pilihan untuk menerima pelbagai maklumat yang melengkapi produk serta perkhidmatan kami. Anda boleh melanggan untuk menerima maklumat khusus produk dan perkhidmatan tertentu dan juga memilih untuk menerima komunikasi umum HP. Kami memberi anda pilihan berhubung penghantaran komunikasi umum HP melalui mel pos, e-mel, telefon dan peranti mudah alih.


Anda boleh membuat atau menukar pilihan anda tentang menerima langganan atau komunikasi umum di titik pengumpulan data atau dengan menggunakan cara-cara lain, yang disenaraikan dalam bahagian berikut. Pilihan ini tidak boleh diguna pakai untuk komunikasi yang semata-mata bertujuan bagi penyempurnaan pesanan, kontrak, sokongan, amaran keselamatan produk, kemas kini pemacu, atau notis pentadbiran dan transaksi lain kerana tujuan utama komunikasi ini bukan bersifat promosi.

Komunikasi yang anda terima daripada HP akan diberikan mengikut kenyataan ini. Sesetengah komunikasi mungkin menggunakan alat pengumpulan data automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca Bagaimana HP menggunakan alat pengumpulan data automatik.

 


Komunikasi langganan


Komunikasi langganan termasuk surat berita e-mel, kemas kini perisian, dll. yang mungkin diminta dengan jelas oleh anda atau yang mana anda telah bersetuju untuk menerimanya. Selepas anda meminta komunikasi sedemikian, anda boleh memilih untuk berhenti menerimanya dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara berikut:

  • Pilih pautan "pilih keluar" atau "hentikan langganan" di dalam e-mel, atau ikut arahan pilih keluar yang disertakan di dalam setiap komunikasi langganan melalui e-mel.
  • Untuk berhenti melanggan mesej yang dihantar ke peranti mudah alih, balas mesej tersebut dengan perkataan “STOP” atau “END.”
  • Kembali ke laman Web di mana anda mula-mula mendaftarkan keutamaan anda dan ikut arahan pilih keluarnya. Capaian kepada banyak langganan HP ada tersedia di laman web Subscriber's Choice.
  • Hantarkan surat ke Pejabat Privasi HP. Pastikan anda memberikan nama, maklumat hubungan yang berkaitan dan maklumat berkaitan yang tertentu tentang langganan HP yang tidak lagi ingin anda terima.

Harap maklum bahawa apabila anda memilih untuk berhenti menerima komunikasi langganan tertentu, ia mungkin akan menjejaskan perkhidmatan yang telah dipilih untuk diterima daripada HP yang mana menerima komunikasi tersebut merupakan syarat bagi menerima perkhidmatan itu.


Komunikasi umum HP

Komunikasi umum HP memberikan maklumat tentang produk, perkhidmatan dan/atau sokongan. Ini mungkin termasuk maklumat produk baharu, tawaran istimewa, atau jemputan untuk menyertai penyelidikan pasaran.


Anda akan selalu dapat menggunakan HP Passport untuk menyatakan sama ada anda mahu menerima komunikasi umum daripada HP atau tidak. HP Passport adalah perkhidmatan log masuk tunggal yang membolehkan anda mendaftar dengan laman-laman web yang mendayakan HP Passport menggunakan pengenalan pengguna dan kata laluan tunggal pilihan anda. HP Passport menggunakan kuki untuk menyimpan maklumat peribadi asas anda, oleh itu anda tidak perlu menaipnya semula apabila anda kembali ke salah satu daripada banyak laman web HP pada masa akan datang. HP Passport juga membolehkan anda menetapkan keutamaan privasi anda. Keutamaan anda akan diguna pakai di seluruh laman web HP, e-mel dan kenderaan komunikasi lain yang menggunakan HP Passport.


Jika anda tidak dapat menggunakan HP Passport, anda boleh memilih untuk berhenti menerima komunikasi umum ini dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara berikut:

  • Pilih pautan "pilih keluar" atau "hentikan langganan" di dalam e-mel, atau ikut arahan pilih keluar yang disertakan di dalam setiap komunikasi e-mel.
  • Untuk berhenti melanggan mesej yang dihantar ke peranti mudah alih, balas mesej tersebut dengan perkataan “STOP” atau “END.”
  • Hantarkan surat ke Pejabat Privasi HP. Pastikan anda memberikan nama anda, maklumat hubungan yang berkaitan, dan maklumat berkaitan yang tertentu tentang keutamaan privasi anda.

7. Capaian kepada dan ketepatan maklumat anda


HP berusaha sedaya upaya untuk memastikan maklumat peribadi anda direkodkan dengan tepat. Kami telah melaksanakan teknologi, proses pengurusan dan dasar bagi membantu mengekalkan ketepatan data. HP memberi individu-individu capaian yang munasabah kepada maklumat peribadi yang mereka berikan kepada HP dan kebolehan yang munasabah untuk menyemak dan memperbetulkan atau meminta ketanpanamaan, penyekatan atau pemadaman, seperti yang berkenaan. Bagi melindungi privasi dan keselamatan anda, kami juga akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menentusahkan pengenalan anda, seperti meminta kata laluan dan ID pengguna, sebelum memberikan capaian kepada data anda. Untuk melihat dan menukar maklumat peribadi anda yang anda berikan secara langsung kepada HP, anda boleh kembali ke laman Web di mana anda mula-mula menyerahkan data anda dan ikut arahan di laman Web tersebut, gunakan HP Passport jika boleh, atau hubungi Pejabat Privasi HP.


8. Memastikan maklumat peribadi anda selamat

HP mengambil serius kepercayaan yang anda berikan kepada kami. Untuk menghalang capaian atau pendedahan tanpa kebenaran, untuk mengekalkan ketepatan data, dan untuk memastikan penggunaan maklumat yang betul, HP menggunakan prosedur fizikal, teknikal dan pentadbiran yang munasabah serta wajar bagi melindungi maklumat yang kami kumpulkan. HP menyimpan data hanya setakat yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempatan dan hanya selama mana ia mempunyai tujuan perniagaan yang sah.


Apabila mengumpulkan atau memindahkan maklumat yang sensitif seperti maklumat kad kredit, kami menggunakan pelbagai teknologi dan prosedur keselamatan tambahan bagi membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada capaian, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami disimpan dalam sistem komputer yang terletak di fasiliti terkawal yang mempunyai capaian terhad. Apabila kami menghantar maklumat yang amat sulit (seperti nombor atau kata laluan kad kredit) melalui internet, kami melindunginya melalui penggunaan penyulitan, seperti protokol Lapisan Soket Selamat (SSL).


Nombor kad kredit digunakan untuk memproses bayaran dan tidak digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Sebagai sebahagian daripada pemprosesan bayaran masa nyata, HP melanggan perkhidmatan pengurusan fraud. Perkhidmatan ini memberi anda dan HP tahap keselamatan tambahan bagi melindungi daripada fraud kad kredit dan bagi melindungi data kewangan anda.


9. Perubahan kepada kenyataan ini

Sekiranya kami mengubah Kenyataan Privasi kami, kami akan menyiarkan pernyataan yang telah dipinda di sini, berserta tarikh semakan yang dikemas kini. Sekiranya kami membuat perubahan besar kepada kenyataan kami, kami juga mungkin memberitahu anda melalui cara-cara yang lain, seperti menghantar e-mel atau menyiarkan notis di laman web korporat kami dan/atau laman-laman media sosial.


10. Menghubungi kami

Kami menghargai pendapat anda. Sekiranya anda mempunyai komen atau pertanyaan tentang Kenyataan Privasi kami, sila hantarkannya ke Pejabat Privasi HP atau hantarkan surat ke alamat berikut:


Kanada, kebanyakan Amerika Latin, dan Amerika Syarikat:
HP Privacy Mailbox
11445 Compaq Center Drive W.
MS 040307
Houston, Texas 77070
USA

Mexico

Hewlett-Packard
Legal Department
Prolongación Reforma No. 700
Colonia Lomas de Santa Fe
Meksikas, D.F., C.P.01210

Eropah, Timur Tengah dan Afrika:
EMEA Privacy Office
Hewlett Packard
MS 250
1 Avenue du Canada
HP Les Ulis -91947 – Perancis

Asia Pasifik dan Jepun
HP APJ Privacy Office
Hewlett Packard
PO Box 384
Concord West, NSW 2138
Australia


Sem. November 2011


Bagaimana HP menggunakan alat pengumpulan data automatik

Bahagian-bahagian berikut memberikan maklumat tambahan tentang alat teknologi web yang biasa digunakan.


Kuki

“Kuki” ialah fail data kecil yang dihantar oleh laman web ke pemacu keras komputer anda. HP atau penyedia perkhidmatannya menghantar kuki apabila anda melayari laman kami atau laman-laman di mana iklan kami dipaparkan, membuat pembelian, meminta atau menyesuaikan maklumat mengikut cita rasa anda, atau mendaftar diri untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu. Menerima kuki yang digunakan di laman kami, laman-laman yang “dikuasakan oleh” syarikat lain bagi pihak HP, atau laman-laman tempat iklan kami dipaparkan mungkin memberi kami capaian kepada maklumat tentang tingkah laku pelayaran anda, yang akan kami gunakan untuk menyesuaikan pengalaman anda mengikut cita rasa anda. Kuki biasanya diklasifikasikan sebagai kuki “sesi” atau kuki “tegar”.

  • Kuki sesi tidak kekal di komputer anda selepas anda menutup pelayar web.
  • Kuki tegar kekal di komputer anda sehingga anda memadamnya atau sehingga ia luput. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik secara lalai, tetapi anda biasanya boleh menolak kuki atau menerima sesetengahnya sahaja dengan melaraskan keutamaan di pelayar web anda. Jika anda mematikan kuki, mungkin terdapat beberapa ciri di laman kami yang tidak boleh anda layari dan sesetengah laman Web mungkin tidak dipaparkan dengan betul.

Anda boleh mencari maklumat tentang pelayar web terkenal dan cara untuk melaraskan keutamaan kuki di laman web berikut:


Dari semasa ke semasa, HP akan menggunakan objek kongsi tempatan (LSO) Flash untuk menyimpan maklumat dan keutamaan kandungan Flash. LSO menjalankan fungsi yang sama dengan kuki pelayar web HTML dan mendepositkan fail kecil ke komputer anda, yang biasanya dipanggil kuki Flash. Kuki Flash berbeza daripada kuki pelayar web dan alat pengurusan kuki yang diberikan oleh pelayar web anda mungkin tidak dapat menyingkirkan kuki Flash. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kuki Flash dan cara untuk menguruskan seting privasi dan storan yang berkaitan, sila lawati laman web Adobe Systems. non-HP site


Mata arah Web

Sesetengah laman web HP.com dan pihak ketiga dan e-mel berformat HTML menggunakan mata arah Web sahaja atau bersama-sama dengan kuki untuk menghimpunkan maklumat tentang penggunaan laman web anda dan interaksi anda dengan e-mel, juga untuk mengukur prestasi di hp.com dan laman web yang “dikuasakan oleh” syarikat lain bagi pihak HP. Mata arah Web ialah imej elektronik, yang dipanggil piksel tunggal (1x1) atau GIF kosong. Mata arah Web boleh mengenal jenis-jenis maklumat tertentu di komputer anda seperti kuki, masa dan tarikh halaman dilihat, dan keterangan halaman di mana mata arah Web ditempatkan. Bergantung pada konteksnya, mata arah web juga boleh merujuk kepada pelayan pihak ketiga, dan mungkin digunakan oleh penyedia perkhidmatan untuk menghantar iklan yang berkaitan kepada anda.


Anda boleh menyahdayakan mata arah Web dalam mesej e-mel dengan tidak memuat turun imej yang terkandung dalam mesej yang anda terima (ciri ini bergantung pada perisian e-mel yang digunakan di komputer peribadi anda). Namun, berbuat begini tidak sentiasa menyahdayakan mata arah Web atau alat pengumpulan data automatik lain di dalam mesej e-mel disebabkan oleh keupayaan perisian e-mel yang tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk maklumat yang diberikan oleh perisian atau penyedia perkhidmatan e-mel anda.


Sekiranya anda memilih untuk menerima e-mel atau surat berita pemasaran daripada HP seperti yang dinyatakan dalam Pilihan anda dan memilih keutamaan privasi anda, HP mungkin mengumpul maklumat peribadi tentang anda secara automatik. Sebagai contoh, melalui mata arah Web dan URL terperibadi yang dibenamkan di dalam e-mel dan surat berita ini, HP boleh mengesan sama ada anda telah membuka mesej-mesejnya atau tidak dan sama ada anda telah mengklik pautan yang terkandung di dalam mesej tersebut atau tidak. Untuk maklumat lanjut tentang pautan Web terbenam, sila lihat yang berikut.


Pautan Web terbenam

E-mel daripada HP, kekunci papan kekunci Internet yang diprakonfigurasi oleh HP, dan ikon promosi yang diprapasang pada desktop PC anda biasanya menggunakan pautan yang direka bentuk untuk membawa anda ke kawasan yang relevan di Web, selepas penghalaan semula melalui pelayan HP. Sistem penghalaan semula ini membolehkan HP untuk menukar URL destinasi bagi pautan ini, jika perlu, dan untuk menentukan keberkesanan usaha pemasaran kami.


Dalam e-mel, pautan web tersebut mungkin juga membolehkan HP untuk menentukan sama ada anda telah mengklik pautan dalam sesuatu e-mel, dan maklumat ini mengenai interaksi tersebut mungkin dihubungkan dengan identiti peribadi anda. Jika anda tidak mahu HP mengumpulkan maklumat mengenai pautan yang anda klik, anda boleh:

  • menukar pilihan anda mengenai bagaimana anda menerima komunikasi daripada HP (iaitu memilih versi berasaskan teks bagi mesej jika tersedia) atau memilih untuk tidak mengklik pautan dalam e-mel yang dihantar oleh HP
  • memadam ikon promosi yang diprapasang oleh HP pada desktop PC anda atau memilih untuk tidak mengklik padanya
  • mengkonfigurasi semula kekunci papan kekunci Internet pada sesetengah model PC untuk melancarkan URL destinasi pilihan anda menggunakan arahan yang disediakan dengan PC anda

Iklan dan tawaran HP pada laman web pihak ketiga

HP menggunakan penyedia perkhidmatan untuk meletakkan iklan di laman web milik pihak ketiga. Selain itu, sesetengah laman web mungkin “dikuasakan oleh” penyedia perkhidmatan untuk memberikan tawaran HP bagi pihak HP. Penyedia perkhidmatan ini mungkin menghantar kuki daripada dan menggunakan mata arah Web pada laman web pihak ketiga ini dan pada hp.com. Kuki dan mata arah Web ini membolehkan HP untuk mengumpulkan maklumat mengenai halaman yang anda lihat dan pautan yang anda klik.


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pengiklanan rangkaian dan cara untuk pilih keluar dengan melawati http://www.aboutads.info Initiative


Maklumat tambahan mengenai peranti webOS

 

Selain daripada pengumpulan dan amalan penggunaan yang diterangkan dalam Kenyataan Privasi Dalam Talian HP, maklumat ini digunakan kepada webOs dan perisian dan perkhidmatan yang berkaitan dengan webOS. HP mengumpul dan menggunakan maklumat khusus webOS melalui cara berikut: 

  • Persediaan Akaun. Jika anda menyediakan akaun untuk menerima perkhidmatan yang kami sediakan melalui peranti webOS anda, kami akan mengumpulkan nama, nombor telefon, alamat e-mel dan seting akaun anda untuk memproses pendaftaran anda dan memberikan perkhidmatan tersebut.
  • Perkhidmatan Pada Peranti. Jika anda menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan melalui peranti webOS anda, kami akan mengumpulkan maklumat yang relevan untuk memberikan perkhidmatan dan seperti diminta. Sebagai contoh:
    • Diagnostik, Analitik dan Kemas Kini Peranti. Bagi memperbaiki tawaran produk dan perkhidmatan kami, peranti webOS anda menyertakan diagnostik , analitik, dan perkhidmatan kemas kini perisian jauh. Peranti webOS anda mengumpulkan maklumat teknikal yang berkaitan dengan peranti anda (termasuk nombor siri, pengecam peranti unik, maklumat diagnostik, log penggunaan dan terhempas, konfigurasi aplikasi, dsb.) apabila diperlukan untuk membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, dan untuk memberikan dan memperbaiki perkhidmatan.
    • Sandaran dan Pemulihan. Apabila anda menggunakan perkhidmatan sandaran dan pemulihan bagi data yang disimpan dalam peranti anda, kami akan secara automatik dan secara kerap mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan kenalan, kalendar, tugas, e-mel dan pemesejan anda, termasuk nama pengguna akaun dalam talian; kelayakan dan seting akaun; memo; perbualan dan mesej teks/MMS/IM; log panggilan telefon; kuki dan penanda buku web; aplikasi Katalog Apl terpasang; dan keutamaan, termasuk keutamaan Perkhidmatan lokasi untuk membantu mendayakan dapatan semula data itu apabila memulihkan atau menggantikan peranti anda.  Butiran tambahan, termasuk cara "mematikan" ciri yang boleh didapati di Menggunakan Sandaran.
    • Perkhidmatan Berasaskan Lokasi. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi, kami akan mengumpulkan, menghantar, mengekalkan, memproses, dan menggunakan lokasi dan data penggunaan anda (termasuk maklumat geografi masa nyata dan maklumat yang boleh digunakan menganggarkan lokasi) untuk memberikan perkhidmatan berasaskan lokasi dan berkaitan, dan untuk meningkatkan pengalaman peranti anda.

Anda boleh memilih sama ada untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami atau tidak. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat menggunakan produk, perkhidmatan, tawaran atau pilihan tertentu yang bergantung kepada maklumat peribadi.


Untuk kemudahan dan maklumat anda, peranti webOS mungkin memberikan pautan kepada laman web pihak ketiga atau menyertakan aplikasi daripada pihak ketiga. HP tidak mengawal tapak atau aplikasi pihak ketiga juga tidak mengawal amalan privasi mereka, yang mungkin berbeza daripada amalan HP. Kami tidak menyokong atau mewakili laman web atau aplikasi pihak ketiga. Data peribadi yang anda pilih untuk berikan atau yang dikumpulkan oleh pihak ketiga ini tidak diliputi oleh Kenyataan Privasi ini. Kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi sebarang syarikat yang anda berinteraksi dengan sebelum membenarkan pengumpulan maklumat peribadi.


Kerana HP beroperasi di seluruh dunia, maklumat yang kami himpunkan mungkin tersedia kepada unit perniagaan dan anak syarikat kami di seluruh dunia. Jika anda berada dalam Kawasan Ekonomi Eropah, sila ambil perhatian bahawa maklumat peribadi yang anda berikan akan dipindahkan ke luar Kawasan Ekonomi Eropah untuk digunakan oleh HP dan sekutunya dan anak syarikatnya bagi tujuan yang diterangkan di atas. Dengan menggunakan peranti webOS, laman web HP, mendaftar untuk akaun atau perkhidmatan, atau memberikan kami maklumat peribadi anda, anda memberi keizinan untuk pemindahan maklumat peribadi anda ini.


Back to top

Privacy statement quick links:

Tapak yang dilindungi oleh Pernyataan Privasi ini

Pengumpulan maklumat peribadi

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Bagaimana kami berkongsi maklumat anda

Privasi kanak-kanak

Pilihan anda dan memilih pilihan privasi anda

Akses kepada dan ketepatan maklumat anda

Memastikan maklumat anda selamat

Perubahan dalam pernyataan ini

Menghubungi kami


Bagaimana HP menggunakan alat pengumpulan data automatik:

Privacy – English Malaysia

Kuki

Berup web

Pautan web terbenam

Iklan HP di laman web pihak ketiga

Alat pengumpulan maklumat